Thursday, 9 October 2014

 Laporan Inovasi / Program Pameran Penapis Air


Program pameran model penapis air ini telah dijalankan pada 6 Ogos 2014 di dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra melibatkan saya bersama tiga orang rakan guru pelatih yang lain pada minggu Sains. Program ini melibatkan kesemua murid di Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra. Setiap kelas diberi masa selama 15-30 minit untuk menghadiri pameran ini. Pameran model penapis air ini turut mendapat kerjasama daripada semua guru yang mengajar sains di sekolah tersebut. Program penapis air ini telah dirancang pada minggu kedua sesi internship dan telah mendapat kebenaran darpada pihak sekolah.

OBJEKTIF    :

11)    Menarik  minatpelajar terhadap mata pelajaran Sains
22)    Mendedahkan pelajar mengenai fungsi dan cara menggunakan radas Sains
33)    Mencungkilbakat sedia ada dalam diri pelajar melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan
44)    Mendorong  murid untuk mengaplikasikan konsep Sains dalam kehidupan seharian melalui pertandingan yang diadakan
55)    Melahirkan murid yang berjiwa Sains

Program Pameran Penapis Air ini telah bermula pada jam 10.30 pagi. Murid-murid diminta untuk berada dalam barisan masing-masing sebelum diarahkan untuk mendengar dan melihat pameran yang dianjurkan. Murid-murid tahap 1 yang terdiri daripada murid tahun 1,2 dan 3 adalah kumpulan murid pertama yang berada di tapak pameran dan melihat pameran ini. Murid-murid tahap 2 dibenarkan datang melihat pameran pada jam 11 pagi yang terdiri daripada murid-murid tahun 4,5 dan 6. 

Bahan

Antara bahan yang kami gunakan dalam penghasilan kit ini adalah :
1.    Botol air mineral 5 liter
2.    Pasir
3.    Batu kerikil halus
4.    Batu kerikil kasar
5.    Dawai kasa
6.    Kertas penuras
7.    Kapas
Kos anggaran bagi penghasilan kit ini adalah di bawah RM5. Ini kerana kami banyak menggunakan barangan terpakai dan barangan yang boleh didapati di sekitar kami. Ia amat murah berbanding barangan penapis air yang lain.


Cara penyediaan

1.    Potong botol air mineral kepada dua bahagian.
2.    Tebuk lubang di bahagian penutup air mineral.
3.    Masukkan dawai kasa di bahagian bawah sekali.
4.    Masukkan kertas penuras dan diikuti dengan kapas.
5.    Masukkan dawai kasa dan diikuti dengan pasir.
6.    Masukkan dawai kasa dan diikuti dengan batu kerikil kecil.
7.    Masukkan dawai kasa dan diikuti dengan batu kerikil kasar.
8.    Masukkan dawai kasa dan diikuti kertas penuras dan kapas di bahagian atas sekali.
        
      Kesemua bahan ini disusun secara bertingkat di dalam botol air mineral.

Cara penggunaan
1.    Masukkan air yang dipenuhi dengan mendapan secara perlahan-lahan ke dalam kit itu.
2.    Tadahkan air yang keluar daripada kit dengan menggunakan besen.
3.    Tunggu sehingga kesemua air keluar daripada kit itu.
4.    Ulangi langkah 1-3 sebanyak 3 hingga 4 kali sehinggan tiada mendapan yang terdapat di dalam air yang dikeluarkan daripada kit itu.





Program ini adalah relevan untuk dijalankan di sekolah kerana program pameran penapis air ini dapat mendedahkan murid dengan cara dan langkah bagaimana air di tapis ke rumah-rumah mereka. Murid-murid sebelum ini sememangnya tidak pernah membayangkan bagaimana air disalur ke rumah-rumah mereka. Mereka hanya tahu membuka pili air dan menggunakan air mengikut kemahuan mereka. Program pameran penapis air ini penting bagi memberi  kefahaman kepada murid mengenai kepentingan keperluan air bersih dalam kehidupan seharian serta langkah-langkah yang diperlukan bagi menyalur air bersih ke kawasan tempat tinggal. Dengan menghadiri program pameran penapis air ini diharapkan murid lebih menghargai air dan tidak membazir ketika menggunakan sumber air tidak kira di mana sahaja mereka berada, di rumah dan juga di sekolah.



Guru-guru juga dijemput hadir untuk melihat pameran yang telah dianjurkan. Murid-murid dan guru-guru juga boleh mengutarakan persoalan jika berlaku ketidakfahaman dalam kalangan mereka. persoalan mereka akan cuba di jawab oleh saya dan juga rakan-rakan yang lain. 

Murid-murid diminta untuk melihat perbezaan warna air yang ditapis dari awal sehingga akhir. Murid-murid juga perlu meramal perkara yang akan berlaku. Saya dan rakan-rakan yang lain akan menerangkan kepada murid mengenai bagaimana proses air ditapis. penerangan bermula  Model penapis air ini terdiri daripada batu kerikil, jaring, kapas, batuan kecil, dan pasir. Bahan-bahan ini diletakkan dalam botol air mineral yang telah digunakan. 

Air longkang diambil daripada longkang yang berdekatan dan ditapis ke dalam model penapis air ini. Murid diminta untuk membuat perbandingan perubahan warna air yang terlibat semasa proses penapisan dijalankan.
  rajah 1 : kali pertama air ditapis
 rajah 2 : kali kedua air ditapis
 rajah 3: kali ketiga air ditapis
 rajah 4 : kali keempat air ditapis
 rajah 5 : kali kelima air ditapis
rajah 6 : kali keenam air ditapis

Saya dan rakan-rakan yang lain akan menerangkan kepada murid mengenai bagaimana proses air ditapis secara satu per satu kepada murid. Sesi soal jawab turut berlangsung. Pada akhir sesi pameran semua murid perlu menjawab borang maklum balas yang diedarkan kepada mereka. Semua murid wajib menjawab borang maklum balas tersebut.



No comments:

Post a Comment