Thursday, 9 October 2014

Cadangan penambahbaikan


Alhamdulillah, segala yang dirancang telah berjalan dengan jayanya. Namun demikian, terdapat sedikit penambahbaikan yang perlu dilaksanakan  bagi memantapkan lagi program dan inovas iini.

Antara penambahbaikan yang dapat dilakukan keatas inovasi tersebut adalah guru perlu membuat satu rakaman video mengenai bagaimana cara membuat model penapisan air tersebut daripada hanya menerangkan bagaimana membina model tersebut melalui tayangan slaid. Dengan tayangan video tersebut, membolehkan murid lebih mempunyai kefahaman yang mendalam dan gambaran yang lebih jelas terhadap cara membina model penapisan air ini.

Penambahbaikan yang lain adalah mengenai model penapisan air tersebut. Model tersebut seharusnya dibina dalam pelbagai saiz. Sebagai contoh, guru juga boleh membina model penapisan air dari botol yang bersaiz kecil. Ini adalah untuk memberi idea kepada murid dan seterusnya menggalakkan murid untukmencuba membina ia ketika dirumah. Saiz model yang lebih kecil adalah lebih fleksibel, ringan, mudah didapati (botol mudah didapati) dan mudah  dibawa oleh murid. Untuk itu, ini secara tidak langsung, dengan pengenalan kepada model penapisan air yang lebih kecil skalanya  akan menggalakkan murid untuk mencuba membinanya ketika di rumah.

Seterusnya, adalah dari aspek pengendalian program pameran untuk inovasi penapisan air. Pengenalan model inovasi kepada murid atau pelawat yang melawat ke pameran adalah melalui tayangan video. Untuk itu, antara penambahbaikan yang dapat dilaksanakan adalah menwujudkan satu slot membina model penapisan air ini bersama murid ketika berlangsungnya hari  pameran  Sains tersebut. Ini  adalah untuk memberi peluang kepada murid untuk mendapat pengalaman   membina model penapis air sendiri.
Antara penambahbaikan lain adalah dari aspek meluaskan lagi kumpulan sasaran iaitu dengan menayangkan tayangan video dan slaid mengenai model penapisan air dan kepentingan menjaga kebersihan air kepada seluruh warga sekolah. Peluang ini dapat dijalankan ketika perhimpunan di sekolah. Untuk itu, mesej murni ini dapat disampaikan kepada seluruh warga sekolah dan ini tentunya dapat memberikan lebih banyak manfaat kerana mesej mengenai kesedaran dalam menjaga kebersihan air dapat diperluas kepada lebih ramai respondan. Penambahbaikan ini perlu dilakukan kerana pelaksanaan inovasi yang telah dilakukan ketika di MingguSains yang lalu, hanya terhad kepada pengunjung yang berpeluang melawat kepameran kami sahaja. Untuk itu, jika ia dilakukan ketika di perhimpunan maka ilmu yang baharu dan mesej yang murni ini akan dapat diperoleh kepada semua warga  sekolah.

Penambahbaikan yang terakhir adalah dari aspek model inovasi tersebut. Model yang telah dibina tidak dapat ditegakkan dengan kukuh secara sendiri. Model ini memerlukan guru untuk memegangnya bagi membolehkan berlakunya proses penapisan air berjalan dengan lancar. Ini menjadikan pengendalian menggunakan model tersebut untuk melaksanakan poses penapisan air adalah sukar. Saiz model yang besar, berat dan perlu dipegang bagi menegakkan botol (model) menjadikan ia tidak mesra pengguna. Untuk itu, penambahbaikannya adalah dengan meningkatkan lagi nilai komersial model penapis air tersebut iaitu dengan mencipta model tersebut yang dapat berdiri tegak, dan tidak berat.




Analisis Program Pameran Inovasi / Penapis Air




Analisis Program Pameran Penapisan Air
Jadual 1 menunjukkan jawapan borang maklum balas murid mengikut item
Bil.
Item
Ya
Tidak
1.
Tempoh masa pameran dijalankan sesuai
32
18
2.
Tempat pameran dijalankan sesuai
41
9
3.
Model penapisan air menarik
27
23
4.
Guru berjaya menjalankan pameran ini dengan berkesan
40
10
5.
Anda faham bagaimana model penapisan air ini berfungsi
28
22
6.
Penerangan daripada guru mudah difahami
33
17
7.
Anda lebih memahami mengenai cara-cara menapis air daripada pameran ini.
35
15
8.
Model penapis air ini dapat membantu mengurangkan pencemaran air di sekolah ini
37
13





Jadual 2 menunjukkan hasil dapatan borang maklum balas murid dalam bentuk peratus(%)
Bil.
Item
Ya (%)
Tidak(%)
1.
Tempoh masa pameran dijalankan sesuai
80
20
2.
Tempat pameran dijalankan sesuai
82
18
3.
Model penapisan air menarik
54
46
4.
Guru berjaya menjalankan pameran ini dengan berkesan
80
20
5.
Anda faham bagaimana model penapisan air ini berfungsi
56
44
6.
Penerangan daripada guru mudah difahami
66
34
7.
Anda lebih memahami mengenai cara-cara menapis air daripada pameran ini.
70
30
8.
Model penapis air ini dapat membantu mengurangkan pencemaran air di sekolah ini
74
26





Jadual 1 dan 2 menunjukkan bilangan item maklum balas murid yang telah diperolehi menerusi program pameran penapisan air.  Berdasarkan maklumat yang telah diperoleh, dalam rajah 2 didapati 80% murid bersetuju bahawa tempoh pameran dijalankan adalah sesuai. Pameran ini dijalankan selama 2 jam. Setiap kelas diberi masa untuk datang ke pameran yang telah diadakan ini di mana setiap kelas diberi masa selama 20-30 minit per kelas. Namun begitu, bukan semua murid berkesempatan mengunjungi pameran Penapisan Air dalam tempoh yang diberikan. Ada yang hanya berpeluang meluangkan masa selama 5-10 minit sahaja kerana guru yang mengajar mereka pada waktu itu tidak membenarkan mereka keluar awal pada masa yang ditetapkan.
Rajah 3 : Graf bar mengenai kesesuaian tempat pameran

Merujuk kepada dapatan bagi item kedua  pula iaitu tempat pameran dijalankan kondusif, didapati bahawa 82% daripada bilangan murid bersetuju bahawa tempat pameran dijalankan adalah kondusif. Program Pameran Penapisan Air ini telah dijalankan di dewan terbuka sekolah. Suasana dewan terbuka ini adalah lebih selesa bagi murid untuk keluar masuk serta melihat pameran yang dijalankan. Susun atur kerusi, meja dan bahan-bahan pameran yang sesuai dan memudahkan penglihatan murit turut menyumbang kepada keselesaan murid mengikuti pameran yang dijalankan. Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir murid yang berebut untuk duduk di barisan hadapan dan bertindak menghalang murid lain menghayati pameran yang dijalankan. Ini merupakan antara faktor yang tela menyumbang kepada ketidakpuasan hati segelinitr murid mengenai tahap kondusif sesuatu tempat itu.

Program Pameran Penapisan Air ini juga didapati telah dapat menarik minat murid dengan model penapisan air yang telah ditunjukkan kepada mereka. Menerusi item ketiga di dalam rajah 4, 54% murid bersetuju bahawa model penapisan air yang telah guru tunjukkan adalah menarik. Bahan-bahan yang guru gunakan untuk menapis air menerusi model penapisan air seperti batu kerikil, kapas, dan lain-lain turut menyumbang kepada dapatan ini 46% murid merasakan model penapisan air yang guru tunjukkan adalah tidak menarik. Hal ini terjadi kerana murid-murid telah terdedah dengan lambakan produk yang terdapat di pasaran yang lebih menarik, moden dan lebih canggih.


Menerusi item keempat,dalam rajah 5 didapati bahawa 80% murid bersetuju bahawa guru telah berjaya melaksana pameran dengan baik dan jayanya. Layanan baik yang teah mereka terima sepanjang mengunjungi pameran yang guru lakukan ini juga menjadi penyumbang kepada dapatan seperti. Guru-guru juga telah melakukan inisiatif yang sangat baik bagi menarik minat murid mengunjungi pameran yang telah diadakan. 46% murid merasakan guru tidak menjalankan pameran dengan baik mungkin kerana persoalan mereka utarakan kepada guru mengenai model penapisan air tidak sempat untuk dijawab oleh guru semasa sesi pameran dijalankan kerana kekangan dari segi masa.


54% murid mengakui bahawa mereka memahami bagaimana model penapisan air yang ditunjukkan semasa pameran berfungsi berdasarkan dalam rajah 6. Ini bermaksud murid-murid faham dan ingat bagaimana model penapisan ini melakukan tugasnya untuk menapis air. Murid-murid juga jelas dengan sebab-sebab bahan seperti batu, pasir dan lain-lain yang digunakan dalam pameran ini. 46% murid mengakui bahawa mereka tidak memahami fungsi model penapisan air yang guru tunjuk kepada mereka.


Selain itu,  berdasarkan didapati bahawa 66% murid yang menghadiri pameran ini bersetuju bahawa penerangan yang guru berikan mudah difahami. Ini adalah kerana guru menggunakan laras bahasa yang tidak terlalu tinggi dan mengikut tahap murid. Penggunaan bahasa ringkas oleh guru juga menyumbang kepada dapatan seperti ini. Namun begitu, 34% merasakan bahawa penerangan guru tidak difahami. Ini mungkin disebabkan oleh guru menerangkan secara langsung tanpa bantuan tulisan kepada mereka seperti di dalam kelas. Semua murid mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri.


Menerusi program pameran penapisan air ini juga didapati bahawa 70% murid memahami cara-cara menapis air menggunakan model penapisan air. Program pameran ini juga didapati telah dapat membuka minda murid mengenai bagaimana air ditapis ke rumah-rumah mereka. Sebelum ini murid tidak didedahkan dengan perkara seperti ini dan mereka tiada pengetahuan pun mengenai bagaimana air ditapis. Namun begitu, 30% murid tidak memahami cara-cara penapisan air ini dilakukan. Hal ini kerana ini merupakan kali pertama mereka berpengalaman melihat cara air ditapis.



Berdasarkan , didapati bahawa 74% murid juga bersetuju bahawa kadar pencemaran air dapat diturunkan selepas mengunjungi  pameran yang telah dijalankan. Hal ini kerana program pameran ini telah memberi pendedahan  dan juga kesedaran kepada mereka mengenai kepentingan menjaga alam semodelar terutamanya sungai modela. Sungai merupakan sumber air yang penting bagi kehidupan modela, Jika kebersihan sungai tidak dipelihara, ini akan memudaratkan tahap kesihatan manusia. 26% murid pula tidak bersetuju bahawa dengan menghadiri pameran ini mereka mendapat kesedaran mengenai kepentingan menjaga alam semodelar.